Thursday, August 11, 2011



10 Kunci Persahabatan Yang Baik
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
4) Hargai pendapat satu sama lain.
5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
8) Belajar daripada satu sama lain.
9) Jangan mengata di belakang kawan anda.
10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh  menariknya kembali. 


Saturday, July 9, 2011

PRINSIP YANG PERLU ADA PADA SEORANG JURULATIH

PRINSIP-PRINSIP KEJURULATIHAN

            Jurulatih merupakan seorang guru yang melatih, mengajar dan memimpin perseorangan, kumpulan dan pasukan untuk mencapai kejayaan dan kemenangan bagi pasukannya.

A.  Perwatakan:
Seorang jurulatih mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1.     Berpengetahuan yang luas dalam bidang sesuatu permainan masa kini.
- mengenai aspek-aspek permainan dan undang-undang terkini dan meminati permainan  
2.     Mengetahui apa dan di mana kesalahan pemain
3.     Mengetahui kebolehan dan kelemahan pemain.
4.     Jurulatih perlu menjaga fitness supaya boleh menunjukkan dan mengajar kesalahan-kesalahan yang di lakukan oleh pemain
5.     Di segani dan dihormati oleh pemain serta mempunyai disiplin dan daya usaha yang kuat.
6.     Jurulatih hendaklah jujur dalam kata-kata, segala janji-janji hendaklah di tepati dan tidak ada pilih kasih diantara pemain-pemain.
7.     Hendaklah berfikiran kreatif, dan sanggup menerima kritikan,tidak menggunakan kata-kata yang kasar.

B.  Tugas-tugas jurulatih:

1.     Mengajar dan mendidik dengan cara ansur maju kepada perseorangan, kumpulan dan pasukannya untuk mencapai kemenangan.
2.     Latihan yang diberi hendaklah bersesuaian dengan kebolehan pemain iaitu bermula daripada senang kepada susah.
3.     Melatih pemain supaya menimbulkan minat, kesonokan dan kepuasan.
4.     Memperbaiki kelemahan dan kebolehan pemain seperti kelemahan teknik dan taktik serta memberi ulasan.Jurulatih juga hendaklah memberitahu tugas-tugas dan penglibatan dalam permainan.
5.     Membandingkan kekuatan pasukan sendiri dengan pasukan lawan dengan tujuan membaiki kelemahan pasukan sendiri bagi sesuatu perlawanan.
6.     Menyediakan rancangan latihan dengan teliti seperti rancangan harian, mingguan dan bulanan.
7.     Mewujudkan hubungan yang baik dan persefahaman yang erat  antara jurulatih dengan pemain.
8.     Membuat laporan-laporan tentang kemajuan pemain dan pasukan kepada pengurus pasukan.

C.  Antara prinsip-prinsip kejurulatihan adalah seperti berikut

1.     Organisasi:  Berdasarkan kepada perkara-perkara latihan. Sediakan dengan lebih awal
2.     Penerangan:  Gunakan perkataan yang mudah di fahami, jelas dan ringkas. Gunakan papan tulis atau alat pandang dengar jika diperlukan
3.     Demonstrasi:  Tunjukkan apa yang dilakukan / dipraktikan. Jika tidak boleh, gunakan pemain
4.     Aplikasi:  Latihan. Jangan kerap mengganggu. Sentiasa Bergerak. Gunakan kata-kata perangsang.
5.     Pemerhatian: Lihat pergerakan yang baik-beri galakkan.Kenalpasti masalah/kesilapan yang ketara.Berhenti.
6.     Pembetulan:  Terangkan kesilapan. Tunjukkan cara yang betul. Tunjukkan cara pilihan yang lain pula.
7.     Ulangan:  Pentingkan kualiti, galakkan kepelbagaian dan motivasi.
8.     Ansur maju:  Memperkenalkan idea-idea baru.Penilaian sekiranya tercapai, matlamat terlaksana.
9.     Variasi:  Menggalakkan cara-cara baru. Pemain-pemain di galakkan menyuarakan individualistic dan kreativiti.
10.  Penutup:  Pemain mengeluarkan pendapat/ringkas.Kata-kata perangsang.
11.  Penganalisaan Sendiri: 
a)     Tercapaikah Matlamat?
b)    Adakah pengenalan betul?
c)     Adakah latihan memuaskan?
d)    Apakah perlu untuk dilakukan pada masa akan datang?
 


  Rmz2010skpt

GURINDAM SELOKA

Gurindam memuji, mengalakkan dan mencari ilmu
Kalau hendak tahu luasnya padang, Tanya lah belalang
Kalau hendak tahu banyaknya teluk tanyalah siput
Kalau hendak tahu luasnya kolam tanyalah katak
Kalau hendak tahu dalamnya laut tanyalah yu
Kalau hendak tahu luasnya langit tanyalah helang
Kalau hendak tahu luasnya hutan tanyalah kijang
Kalau hendak tahu kerasnya paku tanyalah tukul
Kalau hendak tahu litany tangkai jering tanyalah galah
Semuaorang mempunyai pengetahuan semua oang boleh menjadi guru….
Copyright@Segala Yang Tercatat diatas semuanya Hak Milik Rosli